PARLIMEN: Kerajaan teliti kajian empirikal pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya

PARLIMEN: Kerajaan teliti kajian empirikal pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya

AZALINA Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil kira hasil kajian empirikal dalam mengenal pasti model sesuai untuk diterima pakai dalam pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu perlu sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan yang membawa implikasi besar kepada kerajaan sama ada kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akta lain serta aspek kewangan.

“Seperti yang saya telah terangkan dan telah dijawab sebelum ini di dalam sesi pertanyaan jawab lisan, pertanyaan bukan lisan serta sesi penerangan Menteri, kerajaan kekal komited dalam menjayakan usaha reformasi ini.

“Di Kanada, walaupun terdapat pemisahan terhadap peranan dan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, akan terdapat keadaan tertentu di mana wujudnya kuasa Peguam Negara untuk menyelia kuasa-kuasa Pendakwa Raya.

“Sama juga di Australia, terdapat kuasa penyeliaan di pihak Peguam Negara terhadap kuasa pendakwaan Pendakwa Raya,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya