PARLIMEN: Kerajaan setuju pinda Akta Kawalan Padi dan Beras

PARLIMEN: Kerajaan setuju pinda Akta Kawalan Padi dan Beras

MAT SABU - JAPEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohmad Sabu berkata, langkah tersebut sekali gus dilihat mampu membendung kegiatan menukar beras tempatan menjadi beras import.

Katanya, peruntukan seksyen sedia ada di bawah akta itu masih longgar dan tidak cukup untuk membendung kegiatan tersebut.  

“Selepas ini kita akan pergi ke fasa kedua iaitu penguatkuasaan termasuk meminda Akta 522. Dimana kita tahu akta itu begitu longgar sehingga berlaku kegiatan pencampuran beras, (persoalannya) sama ada kita boleh dakwa di mahkamah dan sebagainya.

“Ini dilihat oleh pihak undang-undang. Perlu ada beberapa pindaan supaya apabila kita beralih ke fasa kedua nanti, kita akan dapat membela kedudukan petani ke tahap lebih baik,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohamad, Akta 522 ketika ini tidak menyenaraikan kesalahan mencampurkan beras tempatan dengan beras import.

Sebaliknya, ia hanya menetapkan tujuh jenis kesalahan antaranya menyorok beras dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan, menjual beras secara borong atau runcit tanpa lesen serta menjualnya melebihi harga kawalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya