Parlimen: Kementerian pertimbang tingkat hukuman kesalahan logo halal

Parlimen: Kementerian pertimbang tingkat hukuman kesalahan logo halal

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia mempertimbang untuk menaikkan hukuman bagi kesalahan penggunaan logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara tersebut kini sedang dibincangkan pihak kementeriannya bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dimuktamadkan. 

“Terkait hukuman kesalahan dilakukan semangnya ada syor  untuk kita meningkatkan kerana  ini terkait dengan isu sensitif masyarakat Islam dan kita sedang membincangkan dengan Jakim, pihak berkaitan bagi meningkatkan hukuman untuk kesalahan berkaitan penggunaan logo halal ini,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai)  meminta kerajaan menaikan hukuman bagi kesalahan penggunaan logo halal yang dilihat terlalu rendah ketika ini.

Armizan berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan hukuman terhadap mana-mana premis yang gagal membuat semakan status halal sebelum menerima produk dari pembekal untuk dijual.

“Kita harap pasar raya juga memainkan peranan semak sumber bekalan produk yang dimasukkan ke premis mereka melalui portal halal.

“Kita juga sedang pertimbang supaya tindakan terhadap pihak (pasaraya) yang buat kesilapan tidak menyemak status halal kerana kebertanggungjawaban itu perlu, kita tidak mahu ada pihak boleh lepas tangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya