PARLIMEN: Kaji semula pengeluaran akaun 3 KWSP

PARLIMEN: Kaji semula pengeluaran akaun 3 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu dikaji semula keberkesanannya.

Cadangan itu diusulkan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dengan menjelaskan tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 adalah tidak berkesan.

“Ramai yang mengeluarkan Akaun 3 ini bukan dari golongan susah sebaliknya untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak diperlukan.

“Maksudnya dasar kerajaan untuk mewujudkan Akaun 3 tidak berjaya, tidak berkesan. Yang patut dilakukan adalah buat dasar pengeluaran yang secara bersasar,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Malah katanya, beliau ada berjumpa dengan pencarum yang menunjukkan jumlah simpanan mencecah jutaan Ringgit di dalam akaun KWSP.

“Seorang tu ada RM1.3 juta dan seorang lagi RM1.8 juta dalam akaun. Tapi yang ada RM1.3 juta tu kerja sebagai basuh pingan dan seorang lagi terlantar di hospital, tidak mampu bayar bil.

“Macam mana kita nak buat ini. Sebab itu penyelesaian kerajaan mewujudkan Akaun fleksibel ini tidak berkesan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan rayuan ribuan orang yang memohon pengeluaran secara bersasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN