PARLIMEN: Jumlah pendeposit Tabung Haji meningkat 

PARLIMEN: Jumlah pendeposit Tabung Haji meningkat 

TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) mencatatkan peningkatan simpanan dan jumlah pendeposit dalam tempoh empat tahun antara 2020 sehingga 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, saiz deposit dan jumlah pendeposit meningkat dari RM75.9 bilion dan 8.97 juta pendeposit pada 31 Disember 2020 kepada RM91.7 billion dan 9.54 juta pendeposit pada 31 Disember 2024, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi masyarakat terhadap TH.

“Selari dengan mandat penubuhannya, TH komited untuk memastikan dana pendeposit kekal selamat dan dilindungi dalam jangka masa yang panjang.

“TH sentiasa berusaha untuk menjana pulangan yang stabil dan mampan sejajar dengan selera risiko pelaburannya yang sederhana,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah pembaharuan yang diambil kerajaan bagi jangka masa pendek dan sederhana supaya pengurusan TH akan terus cekap dan mampu memenuhi keperluan jemaah haji dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Mohd. Na’im berkata, TH komited untuk terus memacu transformasi organisasi secara berterusan, bagi mencapai status sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi dan mampan. 

“Bagi memperkukuhkan lagi pelan jangka masa sederhana, Pengurusan TH akan melancarkan FAITH27: Pelan Strategik TH 2025-2027 dengan kesinambungan beberapa inisiatif daripada HIJRAH24 berserta inisiatif-inisiatif baharu ke arah matlamat yang dituju. 

“Objektif pelan ini adalah untuk mengemudi TH ke arah mencapai kemampanan kewangan dan menjadikannya sebagai sebuah institusi kewangan islam yang unggul dan berprestasi tinggi, bagi terus berkhidmat berdasarkan mandat yang diberi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya