PARLIMEN: Jenayah siber tahun lalu catat kerugian RM1.5 bilion

PARLIMEN: Jenayah siber tahun lalu catat kerugian RM1.5 bilion

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara mencatatkan kerugian akibat jenayah siber sebanyak RM1.5 bilion yang membabitkan daripada 35,368 kes ekoran aktiviti penipuan kewangan dalam talian pada tahun lalu.

Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), tahun lalu merekodkan jumlah tertinggi dan peningkatan kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 34,495 kes (RM1.2 bilion) manakala 2022 pula merekodkan 25,479 kes (RM851 juta).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah kes dijangka melebihi daripada apa yang direkodkan oleh PDRM.

“Kementerian menjangkakan bilangan kes dan kerugian adalah lebih tinggi daripada statistik tersebut mengambil kira golongan mangsa yang tidak membuat laporan kepada pihak polis,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) yang memintanya menyatakan perkembangan terkini mengenai jenayah siber dan penipuan dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya