PARLIMEN: Jangan guna ‘runner’ untuk periksa kenderaan di Puspakom - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Jangan guna ‘runner’ untuk periksa kenderaan di Puspakom

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengusaha perkhidmatan bas diingatkan untuk tidak menggunakan perhidmatan ‘runner’ sebelum membuat pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu membabitkan ‘runner’ ketika pemeriksaan di Puspakom hanya untuk mengaut keuntungan dan akan membahayakan keselamatan pemandu serta penumpang.

“Kita juga sedang membuat pelbagai operasi ketika ini antaranya operasi menyamar daripada pegawai JPJ untuk masuk ke Puspakom dan melihat apa yang mereka lakukan. 

“Yang berhormat juga perlu menasihati pengusaha bas agar mereka memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan ketika pemeriksaan. Sebagai contoh, ada kalangan mereka yang menukar tayar lama kepada tayar baharu hanya untuk lulus pemeriksaan.

“Ini pemeriksaan yang tidak berintegriti dan harus dihentikan. Kita tidak boleh ambil tindakan terhadap kedai tayar kerana itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN). Jadi ini adalah usaha-usaha melibatkan pelbagai agensi dan kadang kala merumitkan kerja kita,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang meminta pihak kementerian menyiasat pengusaha bas yang menggunakan perkhidmatan ‘runner’ di Puspakom bagi meluluskan pemeriksaan kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN