PARLIMEN: Ini negara Islam - pembangkang bidas Ahli Parlimen Raub

PARLIMEN: Ini negara Islam – pembangkang bidas Ahli Parlimen Raub

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Raub, Chow Yu Hui diingatkan Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sekali gus semua pihak perlu menghormati perkara itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, oleh demikian seorang menteri agama diletakkan di portfolio berkenaan bagi melihat kedudukan Islam supaya dapat dipelihara, di samping menjaga kepentingan kaum lain di bawah penyeliaan Kementerian Perpaduan.

“Ahli Parlimen Raub ini kena ingat, negara kita ini agama Islam adalah agama rasmi. Sebab itu bila kita melantik seorang yang beragama Islam untuk melihat kedudukan Islam, ia merupakan agama rasmi.

“Dalam keharmonian negara kita juga, kita ada satu kementerian iaitu Kementerian Perpaduan, dimana ia boleh dibincang dan melihat kaedah bagaimana untuk membantu mereka yang mempunyai kepercayaan dan agama lain dan kedudukan budaya mereka yang boleh kita lihat satu-satunya negara yang orang luar boleh datang dan melihat kedudukan negara kita,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, Yu Hui mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Beliau ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

“Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam. Maka peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN