PARLIMEN: Dia ada bola kristal - Zhemin sindir Ka Siong - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Dia ada bola kristal – Zhemin sindir Ka Siong

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin mencadangkan supaya Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilantik sebagai penasihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu penjualan beli saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Zhemin mengemukakan cadangan seolah-olah satu sindiran buat Ahli Parlimen Ayer Hitam itu kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Boleh mempertimbangkan Ayer Hitam sebagai penasihat kepada KWSP, sebab dia hebat (dan) ada bola kristal (membolehkannya tahu) bila saham naik dan bila saham akan turun. Jadi apabila KWSP nak jual saham, boleh tanya pada beliau,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Cadangan daripada pemimpin DAP itu menyebabkan Ka Siong membangkitkan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (6).

“Dia tidak sepatutnya memberi komen tentang seseorang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, KWSP digesa mendedahkan jumlah sebenar kerugian didakwa dialami syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam urus niaga saham MAHB.

Ka Siong yang juga Presiden MCA mendakwa, hasil pengiraan kasarnya KWSP mengalami kerugian antara RM500 juta hingga RM700 juta akibat urus niaga dan penjualan 150 juta saham MAHB.

Menurutnya, ia bukan satu jumlah yang kecil kerana itu KWSP perlu memberi penjelasan sewajarnya.

Isu membabitkan KWSP timbul apabila penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 dengan kadar harga sekitar RM6.74 seunit, dibeli semula pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN