Cuti Aidiladha dua hari?

Cuti Aidiladha dua hari?

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan meminta semua pihak menunggu keputusan kerajaan sama ada cadangan cuti umum selama dua hari bagi sambutan Aidiladha diterima atau sebaliknya.

Kata beliau, perkara itu akan diumumkan kerajaan selepas ia dimuktamadkan

“Kita tunggu dulu apa-apa keputusan yang akan diumum di masa hadapan (berhubung cadangan cuti Aidiladha dua hari),” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli (BN-Jempol) meminta kerajaan menjawab mengenai perkara berkenaan yang pasti disambut berita gembira umat Islam di negara ini.

Sebagai rekod, hanya Kelantan dan Terengganu menetapkan cuti umum dua hari bagi sambutan Aidiladha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya