PARLIMEN: Buli di Maktab Tentera Diraja, pengurusan awam antara agenda utama

PARLIMEN: Buli di Maktab Tentera Diraja, pengurusan awam antara agenda utama

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian buli di Maktab Tentera Diraja dan Pengurusan Dana Awam antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) membangkitkan langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng memandangkan Laporan Ketua Audit Negara masih menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan di banyak agensi kerajaan.

Pada sesi sama, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) meminta terhadap langkah diambil untuk memberhentikan kejadian buli di Maktab Tentera Diraja. 

Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil dalam kenyataan sebelum ini berkata RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah langkah pertama dalam usaha mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara iaitu Parlimen.

Beliau berkata, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen.

Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan sesi penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh beberapa kementerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya