PARLIMEN: Berapa jumlah pelaburan masuk sejak Madani bentuk kerajaan? -Ismail Sabri

PARLIMEN: Berapa jumlah pelaburan masuk sejak Madani bentuk kerajaan? -Ismail Sabri

ISMAIL SABRI - JAPEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan menjelaskan jumlah pelaburan yang direalisasikan hasil daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Katanya, sehingga hari ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan pertama 2025, sebanyak RM3.5 bilion dana asing bersih sudah ditarik keluar.

Malah, RM4.2 bilion juga turut ditarik keluar pada tahun 2024 dan sebanyak RM2.4 bilion ditarik keluar pada tahun 2023.

“Sektor pembuatan ini adalah tulang belakang ekonomi negara dan jika trend ini berterusan, ia mampu menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia untuk tempoh jangka panjang jika tidak diatasi dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambahnya, menurut S&P Global, firma pembuatan kini cenderung untuk menurunkan harga jualan bagi tujuan eksport sebagai usaha untuk merangsang jualan.

Dalam masa yang sama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut berkata, penjelasan kerajaan berhubung 85 peratus isi rumah tidak akan terjejas berkaitan susulan kenaikan tarif elektrik juga dikatakan tidak benar.

Ini kerana jelasnya, kenaikan tersebut akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan akan ‘dipindahkan’ pula kepada pengguna.

“Secara ringkasnya, sejak tahun 2015 sehingga 2022, kadar kenaikan tarif asas adalah kecil, lonjakan sekitar 3.7 peratus, iaitu 38.53 sen/kWh kepada 39.95 sen/kWh. Namun, tarif asas bagi tahun ini sehingga 2027 dinaikkan secara mendadak, kenaikan sebanyak 14.18 peratus, daripada 39.95 sen/kWh kepada 45.62 sen/kWh.

“Malah, seperti yang dinyatakan oleh S&P sebelum ini, bagaimana pengusaha akan dapat bertahan kerana mereka terpaksa menurunkan harga produk eksport untuk kekal bersaing dalam perang ekonomi dan dengan kenaikan tarif ini, mereka terpaksa menanggung beban yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya lagi, apabila diesel naik, kesan tidak langsungnya adalah kos barangan akan meningkat sedangkan rakyat kini terbeban dengan kos sara hidup dengan pertambahan harga barangan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya