Ahli Parlimen kerajaan terima peruntukkan RM1.7-RM2.2 juta

Ahli Parlimen kerajaan terima peruntukkan RM1.7-RM2.2 juta

parlimen
DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap ahli Parlimen kerajaan menerima peruntukkan antara RM1.7 dan RM2.2 juta untuk 2023 dan 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu membabitkan RM1.7 juta bagi kawasan Parlimen di Semenanjung dan RM2.2 juta bagi kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Katanya, Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.

“Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan.

“Penyediaan dan penyaluran Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Salamiah Mohd. Nor (PN-Temerloh) di Dewan Rakyat.

Salamiah bertanyakan berapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri kepada ahli Parlimen Kerajaan bagi tempoh 2023 sehingga 2024.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, peruntukan itu bukanlah satu-satunya peruntukan yang tersedia bagi tujuan pembangunan kawasan Parlimen sebaliknya terdapat pelbagai peruntukan lain.

Katanya ia seperti peruntukan pembangunan di bawah pelbagai Kementerian dan juga Badan-badan berkanun seperti Lembaga Kemajuan Wilayah.

“Sekiranya dijumlahkan, peruntukan tersebut melebihi Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya