Agong perkenan enam akta diluluskan

PARLIMEN: Agong perkenan enam akta diluluskan

TAN SRI DATUK JOHARI ABDUL-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta yang diluluskan oleh Sidang Dewan Rakyat, sebelum ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, antara yang menerima perkenan Sultan Ibrahim adalah Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 dan Akta Perkongsian Data 2025.

Selain itu, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025 dan Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Akta  Perkongsian Data diluluskan sebagai antara usaha perkukuh keselamatan data negara khususnya dalam aspek perkongsian maklumat sektor awam dan swasta.

Selain itu, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 bertujuan untuk menambahbaik perundangan Mahkamah Syariah termasuk daripada pelaksanaan undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya