PARLIMEN: 9,550 anggota wanita berkhidmat dalam ATM

PARLIMEN: 9,550 anggota wanita berkhidmat dalam ATM

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 9,550 anggota wanita berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, daripada jumlah tersebut, 6,574 membabitkan anggota tentera darat, 1,953 anggota tentera laut dan 1,023 lagi adalah cabang tentera udara.

Katanya, selain itu terdapat  222 anggota wanita ATM telah berkhidmat di luar negara

“Kerajaan sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan keselamatan khususnya yang melibatkan anggota wanita dalam pelbagai misi penting.

“Sehingga 31 Disember 2024, seramai 222 anggota wanita ATM telah berkhidmat di luar negara. Mereka terlibat dalam misi kemanusiaan, misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), latihan bersama negara-negara rakan strategik, serta tugasan diplomatik ketenteraan,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) meminta kementerian menjelaskan bilangan anggota tentera wanita yang masih berkhidmat di dalam sektor darat, udara dan laut.

Mengulas berkenaan bilangan anggota tentera wanita yang dihantar ke misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa, Adly berkata, sehingga kini, ATM telah melaksanakan tiga misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa dengan penglibatan 118 anggota wanita.

Tiga misi berkenaan adalah Op Starlight bagi memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh yang melibatkan penugasan seramai 89 anggota wanita atau 36 peratus daripada 245 jumlah keseluruhan anggota misi.

Misi kedua adalah Op Starlight bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye melibatkan penugasan seramai 21 anggota wanita atau 19 peratus daripada 110 penglibatan keseluruhan anggota misi

Selain itu, misi yang ketiga pula adalah misi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia melibatkan penugasan 8 anggota wanita atau 11 peratus daripada 70 penglibatan keseluruhan anggota misi.

“Selanjutnya, seramai 85 anggota wanita turut dihantar bagi penugasan  dalam Misi Pengaman PBB di Lubnan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya