PARLIMEN: 6,919 pegawai perubatan letak jawatan dalam tempoh empat tahun

PARLIMEN: 6,919 pegawai perubatan letak jawatan dalam tempoh empat tahun

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,919 pegawai perubatan meletakkan jawatan bagi tempoh empat tahun bermula 2020 hingga 2024.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu membabitkan 1,856 pegawai perubatan tetap, 3,846 pegawai perubatan kontrak dan 1,217 pakar perubatan.

“Bagaimanapun, antara tahun 2020 hingga 2024, Kementerian Kesihatan telah melahirkan seramai 4,776 pakar perubatan.

“Pada 2025 pula, dijangka seramai 900 orang pakar akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang memerlukan.

“Selain itu, sehingga 31 Januari lalu, seramai 6,211 pegawai perubatan sedang mengikuti latihan kepakaran Kementerian Kesihatan meliputi 5,519 pegawai dalam program Sarjana Perubatan dan 692 dalam program Parallel Pathway,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kesihatan.

Mengulas lanjut, Dr. Dzukefly berkata, pihak kementerian juga telah melantik tetap seramai 13,349 pegawai perubatan kontrak bagi tempoh 2020 hingga 2024.

“Bagi tahun 2025 sahaja, Kementerian Kesihatan menyasarkan untuk melantik tetap seramai 3,200 pegawai perubatan kontrak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya