PARLIMEN: 342 banduan mohon pengampunan

PARLIMEN: 342 banduan mohon pengampunan

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Seramai 342 banduan memohon kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan, ditangguh atau diberikan pengampunan penuh dari tahun 2006 hingga 2024.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, daripada jumlah itu, 106 banduan menerima pengampunan penuh.

“Manakala 44 banduan telah diringankan hukuman dan selebihnya (192 banduan) diteruskan dengan hukuman,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat
Beliau berkata demikian bagi menjawab Chow Yu Hui (PH-Raub) meminta kerajaan menyatakan bilangan banduan telah membuat permohonan kepada Lembaga Pengampunan untuk meremit, menggantung atau meringankan hukuman setakat Januari tahun ini.

Azalina berkata, bilangan kes yang dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dari 2006 hingga 31 Disember tahun lalu berdasarkan empat kategori pengampunan.

“Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 adalah sebanyak 230 permohonan manakala Petisyen di bawah Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 adalah sebanyak 73 permohonan

“Petisyen di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 pula adalah sebanyak 38 permohonan dan Petisyen di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah sebanyak satu (1) permohonan,” katanya.

Katanya, tempoh masa yang diperlukan bagi pemohon untuk mendapatkan keputusan daripada Lembaga Pengampunan bergantung kepada permohonan banduan dan kekerapan mesyuarat bersidang.

Azalina menambah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri juga telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia kepada Mesyuarat Penyelarasan Urus Setia Lembaga Pengampunan Negeri-Negeri bermula pada 2006 sehingga kini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya