PARLIMEN: 23 akaun TikTok media tempatan disekat

PARLIMEN: 23 akaun TikTok media tempatan disekat

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan sebanyak 23 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.
Katanya, pihak kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

“Bukan 18 tapi 23 akan media sosial media di TikTok yang telah disekat, setakat ini mereka (TikTok) memaklumkan kemungkinan besar ia berkait dengan video yang dimuat naik berkaitan kejadian cabul kanak kanak di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini,” katanya katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pihak media telah membuat penjelasan bahawa wajah kanak-kanak tersebut tidak disiarkan selaras dengan etika media.

“Bagi pihak media mereka merasakan tidak ada apa-apa kesalahan, mereka tak tunjuk wajah kanak-kanak perempuan tersebut tapi video secara automatik disekat melibatkan 23 akaun media kemungkinan juga ia disebabkan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan.

“Jadi ini bermaksud AI ada kalanya ia membantu ada kalanya dia membantut, jadi bagi saya perlu ada intervensi dan disini hasrat kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi untuk pastikan platform ini (TikTok) memahami kod etika yang dipegang oleh media di Malaysia dan kita minta mereka lakukan penyesuaian nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya