PARLIMEN: 1.4 juta tandatangan SSPA

PARLIMEN: 1.4 juta tandatangan SSPA

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99.9 peratus atau 1,485,031 penjawat awam menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu merangkumi bilangan penjawat awam di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Bagi urusan pemindahan pegawai DG12 pula, urusan berkaitan dengan permohonan pertukaran guru akademik biasa (GAB) gred DG9 hingga DG14 adalah dibenarkan di bawah SSPA.

“Namun begitu, pertukaran masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 tahun 2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa.

“Pertimbangan kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada tiga prinsip asas iaitu kekosongan perjawatan, keperluan opsyen dan kepentingan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkenaan penerimaan SSPA oleh kakitangan awam dan apakah pemindahan untuk pegawai DG12 ke atas dibenarkan atau sebaliknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya