Panduan SPM Matematik 2024/2025

Panduan SPM Matematik 2024/2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1) Buat persediaan untuk faham asas (basic) matematik dahulu.

Untuk dapatkan pemahaman yang jitu dalam matematik kebanyakan pelajar harus faham asas matematik contohnya seperti algebra, indeks, garis lurus, set, persamaan kuadratik dan beberapa lagi asas matematik yang lain. Jika ada masa, boleh mulai daripada buat ulang kaji daripada topik Tingkatan 1 dan ke atas. Jika asas matematik tidak kuat, maka pelajar lemah akan hadapi kesukaran fahami aras seterusnya.

2) Fahami konsep dan formula yang akan digunakan dalam soalan.
Tips ini adalah penting dalam menjawab soalan matematik SPM. Baca soalan, cuba fahamkan konsep soalan yang gunakan dan formula apa yang akan diguna pakai. Kebanyakan pelajar tidak dapat jawab soalan disebabkan mereka tidak faham konsep dan formula yang hendak digunakan.

3) Beri penekanan topik yang bagi banyak markah

Ada beberapa tahap pelajar yang menghadapi SPM sama ada lemah, sederhana dan mahir. Jika anda pelajar yang lemah, cuba kalau boleh fokus topik yang memberikan banyak markah dan buat latih tubi soalan topik tersebut supaya anda dapat maksimumkan markah anda. Antara topik-topik yang boleh memberikan banyak markah adalagh contohnya:
Tingkatan 1- persamaan serentak ,ketaksamaan linear
Tingkatan 2- bulatan, luas dan isipadu (bentuk tiga dimensi)
Tingkatan 3- pelan dan dongakan, lokus , garis lurus
Tingkatan 4- penaakulan logik, graf gerakan, set , kebarangkalian, sukatan serakan data tak terkumpul
Tingkatan 5- matriks, cukai dan insurans, sukatan serakan data terkumpul, transformasi

Ini adalah contoh-contoh topik yang dirasakan akan banyak membantu pelajar lemah dan sederhana untuk dapatkan markah lebih baik. Fokus untuk dapatkan markah penuh untuk topik topik yang dapat berikan. Bagi pelajar yang sudah mahir, teruskan menjawab semua soalan supaya dapat kekalkan momentum pemahaman soalan yang baik.

4) Praktikkan latihan dan soalan SPM sebenar tahun sebelumnya.

Pelajar harus cuba untuk membuat soalan-soalan sebenar SPM tahun sebelumnya untuk memahami jenis- jenis soalan yang ditanya dan membuatkan pelajar menyesuaikan diri untuk bentuk soalan yang bakal ditanya semasa SPM sebenar nanti. Adalah penting untuk membiasakan diri membuat soalan SPM sebenar terutamanya dalam kertas 1 dan kertas 2. Pelajar boleh mendapatkannya secara online atau membeli di kedai buku.

5) Mahirkan penggunaan kalkulator saintifik

Pelajar seharusnya sentiasa memahirkan diri dengan penggunaan kalkulator saintifik. Ini amat penting untuk memastikan pelajar membiasakan diri dengan satu jenis kalkulator sahaja. Dalam pasaran ada terdapat beberapa jenis kalkulator. Jika boleh, elakkan menukar kalkulator saintifik jenis berlainan setiap kali membuat latihan. Ini kerana pelajar yang mahir dan selalu biasakan diri dengan kalkulator akan meningkatkan tahap penguasaan dan faham setiap simbol dalam kalkulator saintifik tersebut.

6) Konsisten dalam membuat latihan

Cikgu rasakan sebagai pelajar, anda harus konsisten membuat soalan matematik. Jika boleh, pelajar harus memperuntukkan masa untuk membuat soalan setiap hari. Sebagai contoh, latih tubi satu topik (pilih beberapa soalan secara rawak). Ini boleh digunapakai untuk awal tahun dan buat secara konsisten. Insya Allah ada dapat kekalkan skor yang baik. Tetapi untuk musim peperiksaan, pelajar harus lebihkan masa untuk buat latih tubi dan latihan soalan model SPM supaya lebih faham jenis soalan yang ditanya.

7) Jangan berputus asa selagi belum selesai berjuang
Jika tidak faham, jumpa guru yang sentiasa ada untuk membimbing pelajar. Subjek Matematik ada banyak kaedah yang boleh diguna pakai dalam menyelesaikan masalah. Ini bergantung kepada pelajar untuk memahami kaedah mana yang sesuai. Yang penting jangan berputus asa selagi belum selesai menghadapi peperiksaan SPM! Semoga berjaya!

Saiful Adilin Mohammed, Bachelor of Science in Mathematics (University of Manchester, UK), Master of Education (M.Ed)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN