Panduan menjawab soalan Sains SPM

Panduan menjawab soalan Sains SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. Fahamkan
Format Soalan SPM
Soalan Sains SPM kertas 2 biasanya dibahagikan kepada tiga bahagian: Bahagian A (Objektif), Bahagian B (Subjektif), dan Bahagian C (Penerangan lanjut).
Bahagian A menguji pengetahuan asas dan fakta berkaitan dengan uji kaji. Pastikan pelajar mahir mengenal pasti pemboleh ubah terutamanya pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas.
Bahagian B memerlukan penerangan fakta ringkas. Disarankan menggunakan kata kunci dan terma yang betul. Contoh: Respirasi sel (kata kunci)-Proses penguraian glukosa (terma yang betul) untuk menghasilkan tenaga.
Bahagian C memerlukan penerangan lebih mendalam, lebih fokus kepada aplikasinya dalam situasi kehidupan sebenar. Untuk markah yang tinggi, pelajar boleh menggunakan satu kata kunci dan satu penerangan.
2. Kuasai Tajuk-
tajuk Penting
Beberapa tajuk yang sering keluar dalam SPM Sains adalah:
Biologi: Sistem pencernaan, sistem peredaran darah, ekosistem, fotosintesis, genetik,.
Kimia: Struktur atom, ikatan kimia, tindak balas kimia, pH, asid dan alkali.
Fizik: Hukum Newton, tenaga, daya, elektrik, cahaya. Pastikan anda menguasai tajuk-tajuk ini kerana mereka sering menjadi fokus soalan.
3. Baca Soalan
dengan Teliti

Tumpukan perhatian kepada setiap perkataan dalam soalan. Misalnya, jika soalan meminta anda untuk menerangkan, pastikan anda memberi sebab atau sebab yang jelas, bukan hanya menyatakan fakta.
Perhatikan jumlah markah untuk setiap soalan. Ini memberikan petunjuk tentang panjang dan kedalaman jawapan yang diperlukan. Lazimnya kata kunci/point menyumbang satu (1) markah manakala penerangan 1 markah. Contoh untuk soalan 6 markah maka pelajar perlukan 3 kata kunci dan 3 penerangan.

4. Gunakan Kaedah P.E.A (Point, Explanation, Example)
Point (kata kunci): Nyatakan fakta utama atau konsep yang diminta.
Explanation (penerangan): Terangkan dengan lebih lanjut mengapa atau bagaimana perkara itu berlaku.
Example (contoh): Jika sesuai, berikan contoh yang relevan untuk menguatkan jawapan.
Contoh: Soalan: Mengapa besi berkarat?
Point: Besi berkarat apabila terdedah kepada udara dan air.
Explanation: Proses ini berlaku kerana oksigen dan air bertindak balas dengan besi untuk menghasilkan karat.
Example: Sebagai contoh, pagar besi yang terdedah kepada hujan akan mula berkarat selepas beberapa lama.
5. Rajah dan Diagram
Banyak soalan dalam Sains SPM memerlukan rajah atau diagram untuk membantu penerangan, maka pastikan Kemahiran menukarkan data ke dalam graf atau sebaliknya.
Pastikan anda melukis dengan kemas, dan beri label yang jelas. Jangan lupa untuk memberi tajuk pada rajah jika diperlukan.
Jangan hanya bergantung pada tulisan, tetapi gunakan gambar untuk memudahkan pemahaman.
6. Jangan Lupa
Unit dan Satuan
Dalam soalan berasaskan fizik dan kimia, pastikan anda memberi unit yang tepat bagi jawapan anda (contohnya, meter, kilogram, joule, dan lain lain). Tanpa unit yang betul, anda mungkin tidak mendapat markah penuh, walaupun jawapan anda betul.
7. Tulis Jawapan dengan Jelas
dan Tertib
Pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Penulisan yang tidak jelas boleh menyebabkan kesilapan dalam penilaian. Ingat pemeriksa adalah manusia. Tulisan yang kemas mampu memberi mood yang baik untuk pemeriksa menanda kertas peperiksaan.
Jika soalan memerlukan penerangan langkah demi langkah, pastikan anda menulis dengan urutan yang logik.
8. Kenali Istilah
Sains dengan Baik
Penggunaan istilah yang tepat sangat penting dalam SPM. Misalnya, dalam kimia, menggunakan istilah seperti ‘ion’, ‘reaksi pembakaran’ dan sebagainya dapat memberi ketepatan dalam jawapan anda.
Sebelum peperiksaan, buat senarai istilah yang perlu dihafal dan fahami maksud serta aplikasinya.
Beberapa istilah yang perlu diperhatikan: ‘Jenis’, ‘Proses’, ‘Kelas’ dan ‘nama saintik’ seperti gula=glukosa.

Nur Athirah Noor Azami ialah pemegang Bacelor Sains (Kepujian) Microbiology (UPM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN