Orang ramai boleh ambil gambar, video perokok di restoran

Orang ramai boleh ambil gambar, video perokok di restoran

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon (dua dari kiri) meletak tapak tangan tanda gimit perasmian di dalam Majlis Perasmian Makmal Jantung dan Pusat Dialisis di Hoapital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn di Johor Bahru di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai dibenarkan untuk mengambil gambar dan merakam video mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang melarang aktiviti merokok di premis makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, bukti tersebut boleh disalur kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan penguatkuasaan diambil.

Katanya, masyarakat tidak perlu berasa takut untuk sama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara.

“Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran, mereka boleh ambil gambar dan rekod video kemudian lapor kepada pejabat kesihatan daerah.

“Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia melibatkan aspek kesihatan awam. Selepas aduan diterima kita akan buat tindakan susulan termasuk memeriksa premis terbabit,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu Sempena Ulang Tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini. 

Tian Soon berkata, undang-undang larangan merokok di premis restoran turut terpakai kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Di hadapan akta dan peraturan, semua orang adalah sama jadi semua pihak termasuk kakitangan kerajaan perlu mematuhi arahan ditetapkan,” katanya.

Bermula 1 Januari lalu, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.

Selain dua kawasan itu, tempat lain yang disenaraikan ialah pusat hiburan atau teater (kecuali kasino), kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan serta kedai berhawa dingin.

Tambahan tempat larangan merokok itu menjadikan keseluruhan sebanyak 28 kawasan digazetkan menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya