Orang Asli Gua Musang mohon tambah lampu solar

Orang Asli Gua Musang mohon tambah lampu solar

PENDUDUK Orang Asli memohon kemudahan lampu solar dapat ditambah di Pos Belatim dan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Belatim dan Pos Balar di sini memohon kemudahan lampu solar ditambah bagi menghalau haiwan liar yang sering ke kawasan penempatan dan merosakkan tanaman pada waktu malam.

Penduduk, Aga Along, 55, berkata, lampu itu akan memudahkan pihaknya melakukan pemantauan.

“Keadaan kawasan kampung yang tiada lampu jalan atau lampu solar menyebabkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk membeli lampu suluh membuat pemantauan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, Penghulu Kampung Sempadik, Pos Belatim, Husin Dollah berkata, dianggarkan lebih 2,000 penduduk di dua pos berkenaan masih tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan bergantung kepada cahaya lilin serta lampu solar.

Katanya, kekurangan lampu solar menyebabkan jalan me­nuju ke kawasan perkampu­ngan di pedalaman gelap pada waktu malam.

“Apabila keadaan gelap pelbagai masalah dihadapi penduduk kampung termasuk se­ring berdepan ancaman binatang buas,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berharap kerajaan dapat menyegerakan penambahan lampu solar di kampung Orang Asli yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Katanya, sebelum ini Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah melaksanakan pemasangan lampu solar di pedalaman, namun belum mencukupi kerana bilangan penduduk Orang Asli dan rumah yang semakin bertambah.

“Saya ucap terima kasih kepada KKDW kerana telah memasang lampu solar tetapi masih ada penduduk kampung yang memohon menambah keperluan lampu solar tersebut.

“Selain itu, penduduk juga berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyediakan lampu penghalau gajah kerana mereka berdepan banyak kerugian selepas haiwan liar itu merosakkan tanaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya