Op Supik Hitam pantau kedai jual makanan individu tidak puasa

Op Supik Hitam pantau kedai jual makanan individu tidak puasa

MUHAMMAD Khalil Abdul Hadi (kiri) menunjukkan butiran Op Supik Hitam sepanjang Ramadan di pejabatnya di Kuala Terengganu semalam.- UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri akan memantau operasi perniagaan kedai jualan serbaneka dan restoran bukan Islam melalui Op Supik Hitam sepanjang Ramadan kali ini.

 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan pemantauan itu.

“Saya telah meminta Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa pada tahun lepas.

“Beri amaran terakhir sebelum masuk Ramadan dan sekiranya masih tidak patuh undang-undang, tindakan sewajarnya perlu diambil.

“Untuk itu juga, saya telah bermesyuarat dengan Exco berkaitan PBT (Pengerusi Jawatankuasa  Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah) mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya