NUBE gesa bank sukarela mansuh caj RM1 mesin ATM

NUBE gesa bank sukarela mansuh caj RM1 mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mendakwa pihak berkepentingan kewangan negara cuba mengelak daripada memberi maklum balas terhadap desakan pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank (interbank) di mesin ATM.

Pihak tersebut adalah Bank Negara (BNM), Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM).

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, sejak kempen pemansuhan caj itu dilancarkan, pihaknya telah menghubungi BNM, PayNet dan ABM bagi mendapatkan penjelasan, namun masih tiada jawapan diberikan.

“Sebaliknya, mereka hanya saling menyalahkan antara satu sama lain, menunjukkan tahap tidak bertanggungjawab serta kekurangan profesionalisme dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Solomon berkata, caj RM1 tersebut tidak diperlukan sama sekali dan ia hanya lebih kepada langkah untuk organisasi kewangan mengaut keuntungan.

Katanya, NUBE menghargai sokongan pelbagai Ahli Parlimen dan pertubuhan pengguna yang mendesak pemansuhan caj ini serta berharap ia akan dibangkitkan dalam Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

“Sebarang beban kewangan tambahan terhadap rakyat terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar perlu dihapuskan. 

“Pemansuhan caj ini tidak akan menjejaskan keuntungan bank,” katanya lagi.

Justeru, NUBE menggesa pihak bank untuk bertindak secara sukarela dalam memansuhkan caj RM1 ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Rakyat Malaysia juga digesa untuk menyokong usaha ini dengan menandatangani petisyen di laman rasmi NUBE, platform Change.org, atau melalui borang yang diedarkan oleh pegawai dan sukarelawan kempen.

“Kami sekali lagi menyeru semua rakyat Malaysia untuk berdiri bersama NUBE dalam memastikan caj yang tidak adil ini dimansuhkan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya