SHAH ALAM: Polis menahan penjual jagung dan isterinya semalam, berhubung notis berbaur perkauman ketika menjalankan perniagaan di Kota Warisan, Sepang pada minggu lalu.
angor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, kira-kira pukul 5 petang.
“Mereka berdua ditahan setelah polis memanggil mereka ke IPD tersebut bagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan visual notis jualan berbaur perkauman yang didakwa dibuat penjaja terbabit.
Notis tersebut telah mengundang kemarahan beberapa ahli politik yang meminta polis untuk segera menahan peniaga terbabit.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan, pihaknya akan memanggil beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
“Kita akan cuba lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” jelasnya. – UTUSAN