Nora Ariffin pujuk suami ceraikan kali kedua - Utusan Malaysia

Nora Ariffin pujuk suami ceraikan kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya kali kedua.”

Demikian perkongsian penyanyi, Nora Ariffin di Instagramnya baru-baru ini.

Nora, menerusi kenyataan itu, memberi bayangan ingin memenuhi permintaan pihak madunya, Ustazah Rose yang didakwa mahu suaminya menceraikan penyanyi tersebut.

“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan ustaz Rushdi. Setelah ustaz didesak ceraikan saya, ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.

“Saya akan penuhi permintaan dari Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.

“Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya kali kedua, supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut, membenci, memburukkan serta menjatuhkan nama saya di media sosial,” tulisnya di media sosial.

Nora pada tahun lepas rujuk semula dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli selepas satu bulan mengumumkan penceraian mereka menerusi Instagram.

Penyanyi itu sebelum ini mengunci mulut mengenai punca penceraiannya dengan Dr. Rushdi namun tidak menafikan didorong oleh desakan pihak tertentu.

Nora dalam perkongsian yang sama mengambil kesempatan memohon maaf kepada madunya atas kesilapannyan sebelum ini.

“Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya