Nora Ariffin pilih berdamai, mohon maaf secara terbuka - Utusan Malaysia

Nora Ariffin pilih berdamai, mohon maaf secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai tiada kesudahan, penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama suami, Puan Rose dan anak tirinya, Alia Rushdi bagi meleraikan sengketa yang berlaku di antara mereka.

Menurut Nora, permohonan maaf dibuat susulan beberapa usaha yang telah dilakukan untuk menghentikan ketegangan yang berlaku sebelum ini.

“Pihak saya termasuk suami, Dr. Rushdi sudah berusaha dalam pelbagai cara untuk berbaik dan berdamai dengan isteri pertama serta keluarganya.

“Malah saya ingin menyelesaikan kemelut yang berbangkit di mana antara lainnya Dr. Rushdi telah memberikan nasihat, teguran dan beberapa kali cuba mengaturkan pertemuan antara pihak saya, Dr. Rushdi, Puan Rose dan Alia,” katanya.

Tambah Nora, pihaknya telah mengambil beberapa tindakan undang-undang termasuk menghantar jemputan meditasi bagi melakukan rundingan damai dengan pihak tersebut namun usaha tersebut tidak berjaya.

“Pada 2 Disember, saya sudah menyerahkan surat kepada Alia bagi jemputan meditasi ditetapkan untuk menyelesaikan setiap masalah, dengan cara terhormat. Namun, Alia tidak hadir dan tidak mengendahkan meditasi yang ditetapkan.

“Sejak tahun 2019 pelbagai kenyataan telah dimuat naik oleh Alia dalam media sosial berkenaan saya yang mana benar-benar menjatuhkan reputasi saya dan membangkitkan kebencian masyarakat terhadap saya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Secebis Harapan itu mengakui konflik tersebut turut menjejaskan reputasinya selain menerima pelbagai tohmahan melampau daripada masyarakat.

“Saya telah menerima pelbagai tohmahan tidak berasas dan kebencian yang melampau daripada masyarakat sehingga menjejaskan reputasi serta kerjaya sebagai sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industri ini semenjak tahun 1991 lagi.

“Balasan Alia amat menyedihkan berikutan saya telah lama mengalami banyak mudarat yang melampau dan kerugian akibat pernyataan-pernyataan yang diterbitkan oleh Alia tersebut.

“Namun begitu, saya pada 24 Februari, saya merendahkan diri memohon maaf secara terbuka demi untuk berdamai dan berbaik dengan Puan Rose dan Alia,” jelasnya.

Baru-baru ini, Nora mendedahkan dalam proses memujuk suami agar menceraikannya buat kali kedua demi memenuhi permintaan anak tiri dan berharap Alia dapat berhenti melemparkan fitnah dan cacian terhadapnya di media sosial.

Sebelum ini, konflik Nora bersama anak tirinya, Alia menjadi sorotan selepas mendedahkan dia digelar wanita sundal selain mendakwa dilemparkan kata-kata tidak baik oleh anak tirinya itu.

Namun, Alia menafikan dakwaan tersebut selain mahu mendedahkan segala bukti perbualan menunjukkan Nora juga pernah memaki hamun keluarganya.

Selain itu, Nora juga pernah memuat naik video suaminya menceraikannya dengan talak satu di Instagram, pada 12 Ogos tahun lalu namun, kembali sudah rujuk pada 14 September 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya