Nilai eksport kayu negara cecah RM22.9 bilion 

Nilai eksport kayu negara cecah RM22.9 bilion 

JOHARI Abdul Ghani melawat pameran selepas merasmikan simposium kayu kita pemerkasaaan bumiputera dalam industri perkayuan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Nilai eksport produk perkayuan negara meningkat 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion pada tahun lalu dan kekal menjadi penyumbang eksport ketiga terbesar agrikomoditi negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, industri perkayuan negara kini berada di belakang minyak sawit (RM114.4 bilion) dan getah (RM33.7 bilion).

“Antara destinasi eksport produk perkayuan tempatan ialah Amerika Syarikat, Eropah dan Asia,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Pemeriksaan Bumiputera Dalam Industri Perkayuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johari berkata, kementeriannya merancang untuk mewujudkan semula Program Pemasaran Perabot Bersepadu Bumiputera bagi Kontrak Panel Berpusat (KPB).

“Kementerian melalui CTCS Worldwide Sdn Bhd (CTCS), sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) kini dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mewujudkan semula program itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai simposium itu, Johari berkata, program itu dianjurkan Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA) dengan kerjasama MTIB dan Majlis Kayu Malaysia (MTC).

Katanya, ia dianjurkan susulan pelaksanaan sesi libat urus bersama usahawan Bumiputera yang telah diadakan tahun lalu.

“Hasil daripada sesi libat urus tersebut telah menghasilkan Pelan Hala Tuju PEKA Dalam Industri Perkayuan yang akan dijadikan rujukan oleh pihak industri khususnya bumiputera perkayuan.

“Pelan itu menggariskan beberapa strategi utama seperti peningkatan akses kepada bahan mentah, pembangunan modal insan, penggunaan teknologi terkini, pemeliharaan warisan dan kesenian, serta memperkukuhkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana bumiputera ke peringkat antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya