JAKARTA: Pelakon, Nikita Mirzani membuat laporan polis keatas pempengaruh, Fitri Salhuteru yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap selebriti sensasi itu.
Laporan itu, yang difailkan di Pejabat Polis Jakarta Selatan disahkan jurucakap polis, Nurma Dewi.
“Benar, Nikita telah membuat laporan berkaitan Fitri yang didakwa menabur fitnah dan mencemar nama baiknya Disember tahun lepas,” katanya.
Kata Nurma, dua aduan difailkan berhubung perkara itu.
Terdahulu, Fitri mengkritik Nikita kerana bertukar pasangan, mempamer kemesraan depan anak dan mengenakan pakaian tidak sopan.
Kata Fitri, sebagai ibu, Nikita seharusnya menunjukkan adab dan moral yang baik di hadapan anaknya.
Dalam kenyataan balas, Nikita menegaskan Fitri membuat tuduhan tidak berasas dan menafikan berkelakuan tidak senonoh dengan kekasihnya depan anak.
Nikita yang juga seorang penyanyi menegaskan dia dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama justeru menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya.