Nelayan dijumpai lemas, bot dilambung ombak

Nelayan dijumpai lemas, bot dilambung ombak

PASUKAN penyelamat dan orang awam mengangkat mangsa lemas di Muara Sungai Keluang, di Besut, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang nelayan ditemukan lemas selepas bot dinaikinya dilambung ombak di muara Sungai Keluang, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, satu operasi mencari dan menyelamat Mohd Fatihil Asrol Mat Zailani, 39, dijalankan selepas menerima laporan sebelum mangsa ditemukan terdampar di muara oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 12.40 tengah hari. 

“Difahamkan mangsa tercampak ke laut dari bot ketika dalam perjalanan pulang ke darat sebelum ditemukan lemas selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan,” katanya ketika ditemui di Muara Sungai Keluang di sini hari ini. 

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan seramai 41 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya