‘Nadeera bukan individu ditangkap khalwat’ - Utusan Malaysia

‘Nadeera bukan individu ditangkap khalwat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengurus penyanyi, Nadeera menafikan dakwaan kononnya selebriti tersebut ditangkap khalwat bersama lelaki dipercayai berstatus suami orang petang semalam.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Acap berkata, Nadeera ketika ini sedang sibuk membuat persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

“Bukan Nadeera, saya tidak mahu jawab apa-apa. Semalam, dia ada raptai dan sesi ‘fitting’ baju,” katanya.

Hari ini, kecoh mengenai berita tentang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tangkap khalwat penyanyi wanita dengan suami orang dalam sebuah rumah sewa.

Nama Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, dipetik susulan khabar angin yang pernah tular mengaitkan penyanyi tersebut dengan suami orang.

Nadeera bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Acap menegaskan bahawa kontroversi tersebut menganggu tumpuan kepada penglibatannya dalam pentas berprestij terbabit.

“Perkara ini sudah menganggu fokus Nadeera untuk AJL. Semalam pun dia hanya buat raptai sahaja,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN