Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa - Utusan Malaysia

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa

KEBAKARAN pada papan tanda Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di Ipoh semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya berjalan seperti biasa hari ini meskipun berlaku kebakaran kecil di premis itu semalam.

Mydin dalam satu kenyataannya berkata, pengoperasian diteruskan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Insiden kebakaran kecil yang berlaku pada pukul 8.38 malam semalam melibatkan papan tanda di luar bangunan.

“Dalam kejadian itu, semua pelanggan dan kakitangan berjaya keluar dengan bantuan pihak bomba dan petugas Mydin,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pengunjung pasar raya Mydin yang sedang membeli belah gempar selepas berlaku kebakaran pada papan tanda di luar premis itu semalam.

Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya