Murid Tahun 2 dilanggar kereta depan sekolah masih dirawat di ICU HPJ

Murid Tahun 2 dilanggar kereta depan sekolah masih dirawat di ICU HPJ

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) yang cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta di hadapan sekolahnya minggu lalu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya (HPJ).

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan, Khairul Hanafi, 8, dilaporkan telah sedarkan diri.

“Alhamdulillah (murid itu) dah sedar dan dalam keadaan) stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Khairul Hanafi mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sekolahnya pada Khamis lalu.

Insiden berlaku apabila mangsa mahu melintas jalan untuk ke sekolah sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita.

Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri.

Dalam insiden tersebut, orang ramai terpaksa terbalikkan kereta jenis Perodua Alza bagi mengeluarkan pelajar itu yang terperangkap di bawah kenderaan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinannya terhadap Khairul Hanafi yang kini menerima rawatan di ICU Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya