Seramai 53 murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Munawir, Seremban, baru-baru ini, didedahkan dengan pengurusan kewangan secara bijak dan berhemah.
Guru Penolong Kanan (GPK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah berkenaan, Shahlyme Abdul Wahid berkata, program selama sehari di sebuah pasar raya itu merupakan program tahunan bagi mendidik dan memberi pendedahan kepada murid-murid terlibat.
“Program berkenaan mampu meningkatkan keyakinan diri dan mewujudkan perasaan gembira dalam kalangan murid MBPK sekolah tersebut.
“Program ini memberi peluang kepada murid. “Program bijak berbelanja ini menerapkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu beberapa subjek yang kita libatkan seperti matemetik yang mana mereka perlu mengira, perlu berbelanja menggunakan duit yang kita sediakan iaitu sebanyak RM10 dan kita pastikan mereka akan berbelanja mengikut senarai barang yang kita sediakan,” katanya.
Dalam pada itu, Shahlyme berkata, program berkenaan turut mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga yang turut menyertai aktiviti tersebut. – UTUSAN