‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni? - PM usik Syed Saddiq

‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni? – PM usik Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ini pakai baju apa?’

Demikian usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Usikan tersebut kemudiannya mendapat perhatian dan gelak tawa ahli parlimen lain selain kedengaran nama pelakon, Bella Astillah turut disebut.

“Saya gurau-gurau sahaja,” seloroh Anwar selepas itu.

Terdahulu, Syed Saddiq meminta Perdana Menteri menyatakan langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN