Motosikal terbabas, lelaki maut kemalangan di LPT2 - Utusan Malaysia

Motosikal terbabas, lelaki maut kemalangan di LPT2

PASUKAN penyelamat menutup mayat Erie Junaidi Othman Radzi yang maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun di Lebuhraya Pantai Timur 2, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun di Lebuhraya Pantai Timur, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, Erie Junaidi Othman Radzi, 33, yang berasal dari Jalan Merbok, di sini, disahkan meninggal di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS bersama beberapa rakannya sedang dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang ke Dungun.

Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya