Motac batal lesen Al Quds Umrah & Tours

Motac batal lesen Al Quds Umrah & Tours

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn. Bhd. berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan Motac, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, tindakan pembatalan lesen syarikat agensi pelancongan dan umrah itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“Kementerian memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, Motac telah menggantung lesen syarikat sama berkuat kuasa bermula 9 Julai 2024 sehingga 19 Januari 2025.

Penggantungan lesen itu dilakukan selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] iaitu pengusahaan pelancongan berlesen itu telah gagal mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah akta ini.

Agensi itu juga didapati telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta 482 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian.

Pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara dan suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pengusahaan pelancongan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan.

Ketika penggantungan berkuat kuasa, syarikat itu tidak dibenarkan melaksanakan sebarang urus niaga perniagaan baharu dan dikehendaki mengembalikan apa juga wang dibayar oleh pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya