Mohamed Nazri tolak sambung tugas duta ke AS

Mohamed Nazri tolak sambung tugas duta ke AS

MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Tunggu saya pulang dulu’. Itu jawapan ringkas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melalui kiriman WhatsApp yang tamat kontrak sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, dilaporkan bekas Menteri Pelancongan itu mahu segera pulang ke Malaysia untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas dua tahun berkhidmat di Washing­ton, Mohamed Nazri menegaskan beliau akan menolak jika kerajaan bercadang mahu me­nyambung lagi perkhidmatannya selaku Duta Besar Malaysia ke AS.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu mendapat respons positif daripada penganalisis politik yang meyakini kewibawaan dan pe­ngalaman luas Mohamed Nazri.

Penganalisis Politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan, Mohamed Nazri ialah seorang pemimpin yang sentiasa tahu apa yang perlu dilontarkan dan diperkatakan.

“Walaupun ada yang sinis melihat kepulangannya disebabkan so­kongan kepada Presiden AS, Donald Trump, saya melihat dalam konteks yang lebih besar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berdasarkan rekod Kementerian Luar, Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS sejak 9 Februari 2023 dan dipilih kerana pe­ngalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Dalam pada itu, Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, kenyataan Mohamed Nazri tidak perlu ditafsir secara berlebihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya