KANGAR: Menikmati kopi dan ubi rebus dalam suasana malam dengan tiupan angin timur mendamaikan sambil menghayati deklamasi puisi dan sajak oleh penyair tempatan. Gabungan dua elemen itu menarik perhatian ramai yang menghadiri program Angin Timur: Puisi dan Kopi yang berlangsung di Taman Awam Lencongan 2 di sini, kelmarin. Acara yang dianjurkan Persatuan Penulis Perlis dan Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu menampilkan ramai penyair seperti Ladin Nuawi, Abang Padeli Abang Muhi, Dr. Hanafi Ibrahim, Dr. Salleh Rahmat, Zakaria Ariffin dan Ahmad Ramli. Penyair…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya