PETALING JAYA: Pelakon, Syafiq Kyle, sah bergelar suami kepada Mimi Lana pada Jumaat.
Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak, 32, mengesahkan khabar perkahwinan tersebut menerusi beberapa keping gambar semasa majlis ijab kabul di Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.
Dalam gambar berkenaan, Syafiq dilihat sebak membaca doa mengucapkan syukur mahligai cintanya rasmi terbina hari ini.
Pasangan tersebut turut dilihat sedondon mengenakan busana serba putih sambil masing-masing tersenyum manis ketika acara menyarungkan cincin.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi dikatakan bernikah secara rahsia di kampung kediaman Mimi di Taiping, Perak petang tadi.
Lebih menguatkan lagi dakwaan itu apabila ramai rakan artis mengucapkan ‘tahniah, di hantaran terkini kedua-dua pasangan itu termasuk Mira Filzah, Sharnaaz Ahmad dan Tracie Sinidol.
Terdahulu, kedua-dua pasangan itu mengakui mereka saling berkawan baik setelah perkahwinan yang sepatutnya diadakan di 18 Ogos 2023 dibatalkan tiba-tiba. -UTUSAN