Michelle Yeoh tolak filem seram - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh tolak filem seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Aktres, Tan Sri Michelle Yeoh mengakui tidak akan sesekali menerima sebarang tawaran melakonkan filem seram.

Bercakap kepada Huff Post UK baru-baru ini, pelakon berusia 62 tahun itu memaklumkan perkara itu tiada kaitan dengan kepercayaannya terhadap alam mistik.

“Saya tidak akan lakonkan filem mistik. Tapi jangan salah faham, saya suka filem seram, malah sayalah yang segera menonton filem-filem tersebut.

“Tetapi saya tidak mahu terbabit dalam menghasilkannya,” katanya.

Kata Michelle lagi, sebagai penganut agama Buddha, dia mempercayai kewujudan alam mistik dan saling kaitannya dengan dunia realiti.

“Saya percaya wujud alam itu. Sebagai penganut Buddha, kami memegang falsafah mengenainya, iaitu kita boleh masuk alam mereka, begitu juga sebaliknya.

“Tetapi saya pastikan ‘pintu’ itu sentiasa tertutup rapat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya