Meta tak serius tangani isu penipuan dalam talian

Meta tak serius tangani isu penipuan dalam talian

TEO NIE CHING turut menjalani pemeriksaan kesihatan pada Majlis Penutupan Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kecewa dengan syarikat Meta Platforms Inc. (Meta) yang tidak memandang serius isu ‘scammer’ yang terus berleluasa menggunakan platform media sosial itu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kemunculan scammer dalam Facebook semakin banyak, malah lebih rancak setelah membayar platform itu untuk meningkatkan (boost) hantaran mereka.

Bukan itu sahaja, katanya, scammer tersebut turut menggunakan wajah ahli politik, orang kenamaan, selebriti dan sebagainya bagi memperdayakan pengguna laman sosial berkenaan.

“Pihak kementerian berasa sangat tak gembira dengan Meta kerana kebanyakan kandungan adalah ‘sponsored post’, maksudnya scammer bayar Meta untuk ‘boost’ kandungan tersebut kepada pengguna lain khasnya mereka yang berada di Malaysia.

“Walaupun mereka akan padam akaun tersebut tetapi mereka nampaknya tidak ambil apa-apa langkah untuk hentikan scammer tersebut yang akan muncul semula,” katanya dalam sidang media selepas menutup program Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, perkara itu adalah satu cabaran yang sangat besar bagi kementerian dan MCMC yang turut menerima laporan berhubung akaun palsu yang diwujudkan dengan agenda tertentu. 

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, pihaknya mengambil serius mengenai kewujudan akaun media sosial palsu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan telah memberi pautan URL kepada Meta untuk menurunkannya.

“Kita nampak bahawa trend ini sangat tak sihat kerana sekarang bukan sahaja Agong, terkena malah juga melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebenarnya ada buat pertemuan dengan META baru-baru ini, jadi kami harap pihak Meta boleh buat saringan terhadap iklan-iklan tersebut dengan lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Nie Ching memaklumkan, MCMC telah menurunkan sebanyak 63,652 kandungan berunsurkan penipuan dalam media sosial tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya