Merusuh: Pemandu lori dipenjara enam hari, enam lelaki didenda

Merusuh: Pemandu lori dipenjara enam hari, enam lelaki didenda

SEBAHAGIAN daripada 10 orang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini atas pertuduhan bersama merusuh di hadapan sebuah kedai minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara enam hari dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merusuh menggunakan topi keledar di hadapan sebuah kedai, di sini pada Jumaat lalu.

Tertuduh, C. Ravindran, 29, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Dia merupakan tertuduh ke lapan antara 10 lelaki berusia antara 21 hingga 36 tahun yang dihadapkan secara bersama di mahkamah bagi kesalahan merusuh gara-gara kemalangan.

Majistret turut menetapkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan sekiranya gagal bayar tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sembilan bulan.

Manakala enam lagi tertuduh yang mengaku bersalah iaitu S. R Ravindran, 22; S. K Kanthan Raj, 25; Abdul Rashid Basyir Abdullah, 21; B. Pavithiran, 27; C.Vijayendran, 23; dan R. Kugaraja, 31, pula dijatuhkan hukuman denda RM4,500.

Berdasarkan pertuduhan, kesemuanya telah melakukan kesalahan perbuatan merusuh dan semasa rusuhan itu memiliki sebuah helmet di hadapan sebuah kedai di Taman ACBE, kira-kira pukul 10 malam, 7 Februari lalu. Oleh itu, kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Di mahkamah yang sama, tiga beradik, M. Dinesh, 29; M. Suresh Kumar, 36; dan M. Ganesan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga mereka dan tarikh 21 Mac ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.

8 Februari lalu, media melaporkan gara-gara bertengkar disebabkan kemalangan, 10 lelaki warga tempatan berusia  21 hingga 43 tahun ditangkap polis kerana merusuh.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tiga orang juga telah diserang menggunakan topi keledar dalam kejadian itu dan telah dirujuk ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya