Menjelang Ramadan, kerinduan terhadap Siti Rohani kian terasa

Menjelang Ramadan, kerinduan terhadap Siti Rohani kian terasa

NAZIROH Saad (kanan) di samping adiknya, Saiful Saad ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Setelah hampir empat bulan kehilangan Siti Rohani Saad, perasaan rindu terhadap wanita itu semakin mendalam khususnya menjelang ketibaan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

Kakak Siti Rohani, Naziroh Saad, 51, berkata, dia masih mengenang memori indah bersama adik bongsunya itu yang masih belum dapat dipastikan keadaannya.

“Kalau bulan puasa, Siti Rohani yang paling aktif. Dia yang akan masak pelbagai menu untuk kami semua. Dia yang akan beli barang dapur semua. Siti Rohani seorang yang ringan tulang.

“Bila dia sudah tidak ada memang kami rindukan dia. Tiap-tiap hari waktu petang pa­ling terasa kerana waktu itu dia akan selalu ajak saya jalan-jalan naik motosikal ronda kampung atau mengail ikan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Kuala Lanjut, Bukit Lada di sini.

Sebelum ini, Siti Rohani, 37, dilaporkan hilang selepas motosikal miliknya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris pada 8 November lalu. Dia dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Pegawai.

Pada 13 Januari lalu, satu mayat wanita ditemukan orang awam dalam keadaan mereput di tebing Sungai Kedah berdekatan Alor Mengkudu, Alor Setar dan dikaitkan oleh pihak berkuasa dengan kehilangan Siti Rohani.

Menurut sumber, keluarga Siti Rohani diarahkan membuat pengecaman ke atas mayat tersebut berdasarkan penemuan telefon bimbit dalam poket seluar mayat yang dipercayai miliknya.

Tambah Naziroh, keluarganya berharap penantian mereka untuk membawa pulang jasad Siti Rohani segera berakhir.

Ujarnya, mereka sekeluarga sabar menanti keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui.

“Kami berharap dapat membawa pulang Siti Rohani supaya dapat dikebumikan di kampung ini, sekiranya betul yang dijumpai itu adalah dia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya