Menhan berunding dengan Mesir, hantar pulang warga Palestin

Menhan berunding dengan Mesir, hantar pulang warga Palestin

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan melalui Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) sedang berunding dengan Pihak Berkuasa Mesir secara ‘intel-to-intel’ bagi memuktamadkan kaedah dan proses penghantaran pulang rakyat Palestin ke Mesir.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya yakin rundingan berkenaan berjaya mengambilkira perkembangan konflik semasa di Gaza yang semakin baik.

Ia susulan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran rakyat Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel serta pembebasan tebusan oleh Hamas dengan Israel berjaya dilaksanakan sejak 15 dan 20 Januari 2025.

“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 8 Januari lalu, Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dipertanggungjawab bagi urusan kebajikan dan pembayaran untuk penempatan sementara rakyat Palestin setelah dipindahkan dari WTKL dengan dibantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Aspek keselamatan di penempatan sementara pula akan diselaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Kementerian Pertahanan melalui ATM akan memberi kerjasama kepada Kementerian dan agensi berkaitan dalam urusan perpindahan rakyat Palestin dari WTKL ke penempatan baharu, agar dapat disegerakan bagi mengurangkan tekanan emosi dan mental sementara menunggu penghantaran pulang ke Mesir,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (PN-Maran) yang meminta kementerian menyatakan mengenai penyebab berlakunya insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) yang tular di media sosial dan tindakan susulan agar insiden ini tidak berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya