Mayat reput ditemukan di Pantai Benting Lintang

Mayat reput ditemukan di Pantai Benting Lintang

KEADAAN mayat yang ditemukan terdampar di pesisir Pantai Benting Lintang, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Satu mayat reput ditemukan dipercayai warga asing terdampar di pesisir Pantai Benting Lintang dekat Kampung Raja, di sini hari ini

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, polis menerima aduan berhubung penemuan mayat dipercayai lelaki itu kira-kira pukul 9 pagi.

” Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam menemukan mayat yang hanya berseluar pendek, bagaimanapun identitinya juga belum diketahui kerana tiada sebarang pengenalan diri. Ketika dijumpai fizikal mayat itu sudah mereput dan dipercayai dihanyutkan ombak sebelum terdampar,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mayat tersebut adalah warga asing berdasarkan beberapa tanda seperti tatu pada anggota badan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya