Mayat remaja lemas ditemukan selepas 16 jam pencarian

Mayat remaja lemas ditemukan selepas 16 jam pencarian

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Nur Haidhar Nasrul (gambar kecil) yang ditemukan mati lemas setelah terjatuh dalam Sungai Padang Terap, Pendang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Setelah hampir 16 jam pencarian, mayat remaja yang hilang setelah terjatuh dalam Sungai Padang Terap, Titi Chegar di sini semalam ditemukan pada pukul 11.18 pagi tadi.

Mayat Nur Haidhar Nasrul, 17, ditemukan di dasar sungai itu kira-kira 10 meter dari tempat mangsa terjatuh pada pukul 6.30 petang, semalam.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula petang semalam disambung pukul 7.15 pagi tadi dengan pemantauan dan selaman di dasar sungai.

“Selaman kali ketiga berjaya menemukan mayat pada jarak 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Shamzury Saman berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 6.30 petang hingga 7 malam apabila mangsa membonceng motosikal bersama rakannya melalui kawasan itu.

“Seorang rakan mereka menaiki motosikal di belakang. Setiba di lokasi motosikal yang dinaiki mangsa berselisih dengan sebuah kereta dan dipercayai cuba mengelak sebelum terlanggar pagar seterusnya terbabas dalam sungai.

“Rakan mangsa yang terjatuh bagaimanapun dapat menyelamatkan diri dan naik ke atas. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya