Mayat lelaki dijumpai dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dijumpai dalam longkang

ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam longkang di Persiaran Rishah 4, Kawasan Perindustrian Silibin di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat penemuan itu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 8.38 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh segera diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati seorang lelaki berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam longkang yang berkedalaman lebih kurang tiga meter.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia. Identiti mangsa bagaimanapun tidak diperolehi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa dibawa naik ke tebing menggunakan tali webbing dan pengusung dengan bantuan jentera forklift milik syarikat berhampiran.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.40 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya