Matrix Concepts raikan kanak-kanak berkeperluan khas

Matrix Concepts raikan kanak-kanak berkeperluan khas

TAN Sze Chee (kiri) melihat hiasan yang dihasulkan kanak-kanak dari Porgram PKKO SK Bandar Sri Sendayan pada Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) meraikan kanak-kanak berkeperluan khas dari tiga buah pertubuhan kebajikan dan organisasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Bahagian Pembangunan Hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad, Tan Sze Chee berkata, ketiga-tiga institusi itu ialah Persatuan Perkembangan Insan Istimewa Seremban (Touch Community), Beautiful Gate Foundation Seremban Centre dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan.

Jelas beliau, program tersebut adalah bagi mengukuhkan komitmen syarikat untuk memupuk kesejahteraan dalam komuniti. 

“Ini juga sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan dan kami percaya dalam memperluas semangat kebersamaan kepada semua, terutama kanak-kanak yang memerlukan. 

“Mereka mempunyai tempat yang istimewa di hati kami, dan kami mahu mereka merasai kegembiraan sambutan perayaan sama seperti kanak-kanak lain,” katanya pada program yang berlangsung d’Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan di sini, semalam. 

Pada program itu, Matrix Concepts turut menyumbang RM5,000 kepada setiap tiga organisasi tersebut.

Ujar beliau lagi, dengan inisiatif seperti ini, Matrix Concepts akan terus mengekalkan dedikasinya kepada pembinaan komuniti dan impak sosial, selaras dengan aspirasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) syarikat untuk mencipta masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya